Parenting Seminar NALURI PKP : Meransang Perkembangan Kanak-Kanak Di Rumah Musim PKP

Parenting Seminar NALURI PKP : Meransang Perkembangan Kanak-Kanak Di Rumah Musim PKP

Tentang Webinar 


Pandemik dan PKP akibat  COVID-19 telah menimbulkan rasa takut dan cemas di seluruh dunia dan negara kita. Fenomena ini menyebabkan implikasi kesihatan psikososial dan mental jangka pendek dan jangka panjang kepada kanak-kanak dan remaja. 


Tahukah ibu bapa bahawa, jika dibandingkan dengan orang dewasa, pandemik dan kesan PKP ini meninggalkan kesan jangka panjang yang lebih buruk kepada kanak-kanak dan remaja. 


 Di musim pandemik dan PKP ini, perkembangan kanak-kanak terjejas dari pelbagai aspek antaranya:

▶ Kurang aktiviti fizikal melibatkan gerakan badan dan otot yang penting untuk kesihatan kanak-kanak.
▶ Kurang aktiviti yang meransang interaksi pancaindera mata, telinga, hidung menjadikan kepekaan semakin berkurangan.
▶ Kanak-kanak melihat gajet dan skrin TV lebih lama dan mengganggu emosi serta motivasi.
▶ Kurang pendedahan kepada aktiviti yang dapat membantu fokus dan tumpuan.
▶ Kurang interaksi bersama rakan dan sekitar yang memberi kesan terhadap perkembangan bahasa dan sosial.
▶ Proses pembelajaran atas talian yang menjejaskan latihan dan proses perkembangan kognitif.

Situasi di atas menyebabkan perkembangan kanak-kanak dan proses pembelajaran terganggu. Ibu bapa dirumah boleh membantu anak-anak supaya perkara ini tidak memberi impak yang negatif.

Webinar Siri Pendidikan Keibubapaan Edisi PKP : Meransang Perkembangan Kanak - Kanak di Rumah


Tajuk kedua Siri Keibubapaan NALURI PKP akan membicarakan hal ini dan membincangkan solusi serta kaedah praktikal untuk membantu ibu bapa meransang perkembangan kanak-kanak di rumah, kami bawakan Puan Mahfuzah Zainol, Terapis Cara Kerja yang cukup berpengalaman untuk membantu ibu bapa melalui fasa ini.


Melalui webinar ini, ibu apa akan dapat :


▶ Mengetahui kesan pandemik terhadap perkembangan kanak-kanak.

▶ Mengetahui cara meransang perkembangan kanak-kanak di rumah.

▶ Memastikan kanak-kanak mencapai perkembangan yang optima mengikut umur mereka.

▶ Merancang aktiviti di rumah untuk perkembangan kanak-kanak.






Penganjur Webinar : Natural Learning Initiatives - NLI Education 


✨ NLI Education merupakan sebuah syarikat yang berteraskan pendidikan dan kekeluargaan.

✨ Mempunyai 15 rangkaian tadika, taska dan sekolah rendah.

✨ NLI Education juga aktif mengendalikan seminar pendidikan keibubapaan.

✨ Konsultan Utama Pn Noor Hayati Abdul Hamid ialah seorang pakar bidang pendidikan awal kanak-kanak dan keibubapaan dengan berpengalaman luas lebih 30 tahun. 

✨ NLI komited membawakan Siri Pendidikan Keibubapaan NALURI sejak 2014 sebanyak 30 siri dengan tajuk sekitar tema-tema Perkembangan dan Psikologi Kanak-kanak, Komunikasi Efektif Kanak-kanak, Memupuk Kreativiti secara Fitrah, Rumah Penjana Kecemerlangan Keluarga, Tingkahlaku Cemerlang Kanak-kanak. 

✨ NLI dan NALURI mendapat perhatian media pendidikan dan kekeluargaan serta sering diberi ruang penulisan oleh Majalah Pa&Ma, Mingguan Wanita dan Majalah Keluarga, Harian Metro dan Kosmo, serta GPS Betari. 



 Siri Pendidikan Keibubapaan NALURI Edisi PKP 


Sempena PKP, NLI melancarkan Siri Pendidikan Keibubapaan NALURI Edisi PKP yang akan mengupas dan memberi sokongan kepada ibu bapa dan keluarga-keluarga di Malaysia bagi mendepani cabaran keibubapaan musim PKP. Pihak penganjur akan membawakan tokoh-tokoh dan pakar-pakar yang berkaitan bagi mengupas tajuk-tajuk yang dipilih. Antara tema yang menjadi perhatian NLI adalah psikologi, perkembangan kanak-kanak, sokongan keluarga mendepani PKP dan komunikasi kanak-kanak cemerlang di musim PKP. 



Maklumat penuh 


Webinar:  Meransang Perkembangan Kanak-Kanak Di Rumah Musim PKP, oleh Puan Mahfuzah Zainol
Tarikh: Sabtu, Jun 5, 2021
Masa: 10:00 Pagi– 12:00 Tengah Hari

Add to Calendar!


Lokasi:

YouTube NALURI Kreatif (unlisted), Online Streaming 

*Link YouTube akan diemel kepada semua peserta yang mendaftar


Beli 1 Tiket dan HADIAHKAN 1 Tiket kepada Rakan Terbaik anda

Harga Tiket :

RM 35 
+ PERCUMA 1 TIKET 

 Tunggu dahulu!!! 

Sekiranya anda inginkan yang lebih berbaloi, kami ada Pakej SIRI WEBINAR PARENTING PKP pada harga RM 79 sahaja dan dapat 1 tiket PERCUMA!




Daftar segera pilihan anda, Tempat Adalah Terhad!!


Sebarang pertanyaan sila hubungi:

https://wasap.my/601156671603/ParentingSeminar2021



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
NALURI Parent BELUM MULA
Non - NALURI Parent + PERCUMA 1 TIKET
Combo 3 Siri Webinar PKP + 1 Tiket Percuma
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

Log Masuk atau

BUTIRAN PEMBAYARAN

Sila lakukan bayaran berjumlah RM ke akaun bank pilihan anda di bawah.

  • Anda mesti memasukkan emel nliedu2015.finance@gmail.com di ruangan emel semasa melakukan transaksi menerusi Perbankan Internet.
  • Anda mesti mengambil dan memuat naik gambar bukti pembayaran jika anda melakukan transaksi menerusi Mesin Deposit Tunai.
PenamaNLI EDUCATION SDN BHD
No. Akaun5622 6351 3449
Buka Maybank2u  

PENGESAHAN