Parenting Seminar NALURI PKP : Meransang Perkembangan Kanak-Kanak Di Rumah Musim PKP

Tentang Webinar
Pandemik dan PKP akibat COVID-19 telah menimbulkan rasa takut dan cemas di seluruh dunia dan negara kita. Fenomena ini menyebabkan implikasi kesihatan psikososial dan mental jangka pendek dan jangka panjang kepada kanak-kanak dan remaja.
Tahukah ibu bapa bahawa, jika dibandingkan dengan orang dewasa, pandemik dan kesan PKP ini meninggalkan kesan jangka panjang yang lebih buruk kepada kanak-kanak dan remaja.
Webinar Siri Pendidikan Keibubapaan Edisi PKP : Meransang Perkembangan Kanak - Kanak di Rumah
Tajuk kedua Siri Keibubapaan NALURI PKP akan membicarakan hal ini dan membincangkan solusi serta kaedah praktikal untuk membantu ibu bapa meransang perkembangan kanak-kanak di rumah, kami bawakan Puan Mahfuzah Zainol, Terapis Cara Kerja yang cukup berpengalaman untuk membantu ibu bapa melalui fasa ini.
Melalui webinar ini, ibu apa akan dapat :
▶ Mengetahui kesan pandemik terhadap perkembangan kanak-kanak.
▶ Mengetahui cara meransang perkembangan kanak-kanak di rumah.
▶ Memastikan kanak-kanak mencapai perkembangan yang optima mengikut umur mereka.
▶ Merancang aktiviti di rumah untuk perkembangan kanak-kanak.



Penganjur Webinar : Natural Learning Initiatives - NLI Education
✨ NLI Education merupakan sebuah syarikat yang berteraskan pendidikan dan kekeluargaan.
✨ Mempunyai 15 rangkaian tadika, taska dan sekolah rendah.
✨ NLI Education juga aktif mengendalikan seminar pendidikan keibubapaan.
✨ Konsultan Utama Pn Noor Hayati Abdul Hamid ialah seorang pakar bidang pendidikan awal kanak-kanak dan keibubapaan dengan berpengalaman luas lebih 30 tahun.
✨ NLI komited membawakan Siri Pendidikan Keibubapaan NALURI sejak 2014 sebanyak 30 siri dengan tajuk sekitar tema-tema Perkembangan dan Psikologi Kanak-kanak, Komunikasi Efektif Kanak-kanak, Memupuk Kreativiti secara Fitrah, Rumah Penjana Kecemerlangan Keluarga, Tingkahlaku Cemerlang Kanak-kanak.
✨ NLI dan NALURI mendapat perhatian media pendidikan dan kekeluargaan serta sering diberi ruang penulisan oleh Majalah Pa&Ma, Mingguan Wanita dan Majalah Keluarga, Harian Metro dan Kosmo, serta GPS Betari.
Siri Pendidikan Keibubapaan NALURI Edisi PKP
Sempena PKP, NLI melancarkan Siri Pendidikan Keibubapaan NALURI Edisi PKP yang akan mengupas dan memberi sokongan kepada ibu bapa dan keluarga-keluarga di Malaysia bagi mendepani cabaran keibubapaan musim PKP. Pihak penganjur akan membawakan tokoh-tokoh dan pakar-pakar yang berkaitan bagi mengupas tajuk-tajuk yang dipilih. Antara tema yang menjadi perhatian NLI adalah psikologi, perkembangan kanak-kanak, sokongan keluarga mendepani PKP dan komunikasi kanak-kanak cemerlang di musim PKP.
Maklumat penuh
Add to Calendar!
YouTube NALURI Kreatif (unlisted), Online Streaming
*Link YouTube akan diemel kepada semua peserta yang mendaftar

Daftar segera pilihan anda, Tempat Adalah Terhad!!
Sebarang pertanyaan sila hubungi:
https://wasap.my/601156671603/ParentingSeminar2021